Sunday, October 12, 2008

Cara-cara Membersihkan diri Mengikut Islam/Sunnah

ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Takrif Kebersihan


Kebersihan adalah keadaan yang bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu, sampah, dan bau. Pada zaman moden ini, setelah Louis Pasteur menemui proses penularan penyakit atau infeksi yang disebabkan oleh mikrobakteria, kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteria patogen, dan bahan kimia berbahaya.
Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan kesihatan yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak berbau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularnya kuman penyakit bagi diri sendiri mahu pun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.
Mencuci adalah salah satu cara menjaga kebersihan dengan memakai air dan sejenis sabun detergen. Mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan produk kebersihan tangan merupakan cara terbaik dalam mencegah penularan influenza dan batuk.
Kebersihan lingkungan adalah kebersihan tempat tinggal, tempat bekerja, dan berbagai sarana umum. Kebersihan tempat tinggal dilakukan dengan cara mengelap jendela dan perabot, menyapu lantai, mencuci peralatan masak dan peralatan makan, membersihkan bilik mandi dan jamban, serta membuang sampah. Kebersihan lingkungan dimulai dari menjaga kebersihan halaman dan, dan membersihkan jalan di depan rumah dari sampah.
Tingkat kebersihan berbeza-beza menurut tempat dan kegiatan yang dilakukan manusia. Kebersihan di rumah berbeza dengan kebersihan bilik bedah di hospital, sedangkan kebersihan di dapur berbeza dengan kebersihan di tempat awam.

Takrif Kesihatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

Apakah Kaitan Kebersihan Dengan Kesihatan Diri??

Kebersihan sangat berkait rapat dengan kesihatan diri. Jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri, dia akan mudah dijangkiti penyakit yang merbahaya. Sebagai contoh, jika seseorang itu tidak mandi dengan sempurna, dia akan mudah dihinggap penyakit kulit seperti panau, kayap, dan sebagainya. Kuman, bakteria dan pelbagai lagi mikroorganisma yang membawa pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya sangat suka tinggal di tempat yang kotor. Langkah langkah menjaga kebersihan diri akan diterangkan di laman ini.

Cara cara Menjaga Kebersihan Diri


1. Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan)
2. Pakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit
3. Bersihkan kawasan persekitaran (tempat tinggal) / buang sampah di tempat yang dikhaskan (tong sampah).
4. Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan.
5. Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut/selipar.

Saturday, October 11, 2008

Contoh Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Arif
Tarikh : 29 April 2008
Masa : 60 minit ( 9.15am-10.15am)
Bilangan Murid : 40 orang
Tajuk : Kebersihan Dan Kesihatan Diri
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :
I. Membaca petikan pantun bertajuk ‘ Membersihkan Diri’ dengan sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai.
II. Bersoal jawab untuk menyatakan isi yang berkaitan dengan tajuk petikan ‘Makanan Yang Berkhasiat’.
III. Membina soalan menggunakan pelbagai kata tanya berdasarkan gambar yang diberi
Fokus Utama :
5.1 Menyanyi dan melakonkan puisi dengan betul mengikut sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai serta memahami perkara yang dibaca
Aras : 3 (i) membaca petikan dengan nada yang betul dan menarik.
Fokus Sampingan :
1.5 Menyampaikan semula isi yang terdapat dalam petikan yang dibaca
Aras : 2 (i) menerangkan semuala maklumat yang terdapat dalam petikan
Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca da dan menulis
Sistem Bahasa : Tatabahasa : membina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai .





Pengisian Kurikulum :
a) Ilmu PJPK dan Sains
b) Nilai Murni : menjaga kebersihan dan kesihatan diri
c) Kemahiran Bernilai Tambah :
KBKK (menghubungkait)
Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik dan kinestatik
Strategi : kontekstual, direktif, metakognitif
Pengetahun Sedia Ada : Pernah dan tahu :
-membina ayat
-pengalaman harian membersih dan menjaga kesihatan diri
Bahan Bantu Belajar : Petikan Puisi Membersihkan Diri
Lembaran Pengurusan Grafik
Lembaran Kerja
Instrumen Penilaian Kemahiran Membaca
MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Set Induksi
(5 minit) Soalan :
1. Apakah yang kamu gunakan untuk membersihkan gigi?
2. Bagaimana kamu membersihkan badan?
3. Kenapa kamu membersihkan diri? • Guru menunjukkan gambar mengenai kebersihan diri
• Guru bersoal jawab mengenai gambar kebersihan diri
• Guru mengaitkan tajuk pelajaran BBM :
Gambar cara membersihkan diri

Nilai : menjaga kebersihan diri
Langkah 1.
(20 minit)
Rujuk Lampiran A Petikan Puisi Membersihkan Diri • Guru memperdengarkan petikan puisi Membersihkan Diri
• Kelas dibahagikan kepada empat kumpulan, dan murid diminta membaca petikan puisi secara senyap
• Setiap kumpulan diberikan satu rangkap puisi dan dibaca mengikut urutan
Kumpulan 1 : Rangkap pertama
Kumpulan 2 : Rangkap kedua
Kumpulan 3 : Rangkap ketiga
Kumpulan 4 : Rangkap
Keempat
• Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan puisi yang telah dibaca


BBM :
Petikan Puisi

Borang Instrumen Penilaian

Strategi :
Direktif Kontekstual
Langkah 2
(20 minit)
Rujuk lapiran B dan lampiran C Petikan Arifa Cerdas
Petikan Makanan Berkhasiat

Kumpulan 1 : Petikan Arifa Cerdas
Kumpulan 2 : Petikan Makanan Berkhasiat • Kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan
• Setiap kumpulan diberikan satu lembaran kerja yang berbeza
• Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugas-tugas mengikut lembaran kerja masing-masing
• Setiap kumpulan diminta membentangkan setiap tugasan yang diberi KB: Penyelesaian masalah

KP: Verbal linguistik

BBB: Petikan arifa Cerdas dan makanan Yang Berkhasiat

Strategi :
Kontekstual Metakognitif

Nilai : menjaga kebersihan dan kesihatan diri
Langkah 3 (10 minit)

Rujuk lampiran D Tatabahasa
• Kata tanya • Guru membekalkan gambar berkaitan dengan kebersihan diri
• Secara berpasangan murid diminta membina soalan berdasarkan setiap gambar menggunakan kata tanya yang sesuai Strategi : Direktif

Nilai :
Kerjasama
Penutup
(5 minit) Penutup kognitif:
Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?

• Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari
• Guru membuat penutup sosial
• Murid membaca semula petikan puisi Membersihkan Diri Nilai Murni: menjaga kebersihan diri




Bahan Bantu Mengajar

1. Pantun

Pucuk paku daun selasih,
Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Kalau mahu diri bersih,
Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,
Mencari kayu dengan kelapa,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,
Hendak membeli pisang embun,
Kalau mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,
Makan laksa di tanjung Dahan,
Kalau mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jaga kebersihan.


2. Petikan Teks

Membersihkan Diri
Nyanyi dan lakonkan
Pucuk paku daun selasih,
Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Kalau mahu diri bersih,
Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,
Mencari kayu dengan kelapa,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,
Hendak membeli pisang embun,
Kalau mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,
Makan laksa di tanjung Dahan,
Kalau mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jaga kebersihan.



Lampiran

a) Arif Yang Rajin

Lihat dan soal
Soal kawan kamu tentang gambar di bawah. Gunakan kata tanya apa, bila, siapa, mengapa, dan di mana.








b)Makanan yang Berkhasiat
Baca dan bincangkan
Kita mesti makan makanan yang berzat dan berkhasiat. Ikan, daging, sayur, susu, telur, dan buah-buahan ialah makanan yang berzat dan berkhasiat. Makanan ini penting untuk mengelakkan penyakit dan membantu pembesaran tubuh. Makanan ini bukan hanya untuk mengalas perut, tetapi juga untuk menyihatkan dan menguatkan tubuh.